top of page
  • Writer's pictureZamri Zakaria

5 TIPS RUMAH KELIHATAN LUAS


 

Di dalam ruang yang kecil dan sempit, segalanya penting dan perlu dititikberatkan. Ini adalah sebab utama artikel untuk membuatkan rumah kelihatan lebih luas dengan hanya beberapa cara mudah.




1. GUNAKAN WARNA YANG SESUAI


Untuk kelihatan rumah kelihatan luas sebaiknya mengunakan warna terang dan cerah supaya dapat menghindar rumah kelihatan sempit. Warna dinding yang terang adalah lebih reflektif serta menjadikan rumah anda terasa terbuka dan lebih lapang. Ini membantu memaksimumkan kesan yang dihasilkan oleh cahaya semula jadi. Untuk kesan yang optimum, pilih tona warna lembut seperti warna putih, biru dan hijau. Harus diingat bahawa bilik yang lebih terang sentiasa kelihatan lebih besar dan lebih menarik.




2. PENCAHAYAAN YANG SESUAI


Gunakan cahaya lampu putih dan kuning.Lampu putih memberi efek formal,luas dan dingin. Manakala cahaya warna kuning akan memberikan suasana hangat,romantis, alami dan segar.




3. JANGAN BIARKAN RUMAH BERSEPAH


Pastikan bilik anda sentiasa kemas dan teratur. Ruang kecil terasa lebih sempit jika mempunyai terlalu banyak barang. Dengan keadaan yang tersusun rapi, ruang yang dilihat akan terasa teratur dan terbuka. Bilik yang bersepah kebiasaannya terasa lebih sempit.




4. GUNAKAN CERMIN


Cermin boleh menjadikan bilik anda kelihatan lebih besar. Cermin memantulkan cahaya semula jadi dan lampu serta menjadikan bilik jauh lebih terang pada waktu siang dan malam. Ia memantulkan cahaya jauh ke dalam bilik dan membuatkan rumah anda kelihatan lebih luas.




5. MAKSIMUMKAN SUSUNAN PERABOT ANDA


Kadangkala perabot boleh boleh memakan ruang yang banyak. Untuk mengelakkannya, anda boleh menggunakan perabot yang mempunyai pelbagai fungsi. Letakkan perabot yang lebih besar di dinding untuk memaksimumkan ruang terbuka. Ukur perabot anda sebelum membeli agar sesuai dengan ukuran bilik dan tidak sesekali menghalang laluan.





Comments


bottom of page