
Syarikat Movers & Lori Sewa Profesional Malaysia Sejak 2014
Zazira Movers adalah syarikat lori sewa dan moving service profesional yang telah beroperasi di Malaysia sejak 2014. Berpangkalan di Seremban, Negeri Sembilan. Kami telah membantu lebih 35,000 keluarga, individu, dan syarikat berpindah dengan selamat, pantas, dan bebas stress dari Seremban ke KL, Selangor, dan seluruh Malaysia.
Siapa Kami?
Zazira Movers Sdn. Bhd. (No. Syarikat: 1488503-D) diasaskan oleh En. Mohd. Zamri Bin Zakaria pada tahun 2014 dengan satu matlamat iaitu menyediakan servis lori sewa dan pindah rumah yang profesional, jujur, dan berpatutan untuk rakyat Malaysia. Apa yang bermula sebagai syarikat kecil di Seremban kini berkembang menjadi salah satu syarikat movers terkemuka di Malaysia dengan lebih 60 tenaga kerja terlatih dan 20 unit lori beroperasi.
Dengan pengalaman lebih 11 tahun dalam industri lori sewa dan pengangkutan, kami telah membuktikan bahawa kepercayaan pelanggan adalah aset paling berharga. Itulah sebabnya setiap mover kami dilatih secara profesional, setiap harga yang diberikan adalah telus tanpa cas tersembunyi, dan setiap perpindahan diuruskan seolah-olah ia rumah kami sendiri.
Pengiktirafan & Anugerah

Zazira Movers merupakan Penerima Anugerah Kepimpinan Industri 2022 (Perkhidmatan Lori Sewa & Logistik) anjuran Niaga Times dalam majlis Malaysia Industry Personalities & Entrepreneurs Awards 2022.

Zazira Movers menerima Anugerah Best Industry Brand of The Year anjuran Bumiputera Business Excellence Awards 2022 sekaligus menjadikan inspirasi untuk kami terus memberikan servis yang terbaik kepada rakyat Malaysia.

Zazira Movers juga diperakui oleh TrustedMalaysia.com dan disenaraikan di tangga yang pertama sebagai syarikat pindah terbaik di Malaysia, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Penang.

Pada masa yang sama, Pengarah Urusan Syarikat, Tuan Mohd. Zamri Bin Zakaria juga tersenarai dalam Buku Terbitan Britishpedia, Successful People in Malaysia.

Visi
Syarikat beraspirasi untuk meneroka dan mengaplikasikan inovasi dalam industri pemindahan. menjadi pemimpin dalam menggunakan teknologi dan kaedah terkini untuk meningkatkan efisiensi, kualiti, dan kepuasan pelanggan dalam proses pemindahan.
Misi
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dalam bidang pemindahan rumah untuk membuat pengalaman pemindahan rumah yang efisien, cepat, dan boleh dipercayai kepada pelanggan mereka, dalam menjaga keselamatan dan keselamatan harta benda pelanggan semasa proses pemindahan.
Sijil & Pendaftaran Rasmi
FGV

Diiktiraf oleh Felda Global Ventures Holdings
MOF

Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia
SSM TRADING

Zazira Trading (No. 002348378-T) — Entiti perdagangan berdaftar
SSM SDN. BHD.

Zazira Movers Sdn. Bhd. (No. 1488503-D) — Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Diketuai Oleh Pakar Industri
Mohd. Zamri Bin Zakaria - Pengarah Urusan, Zazira Movers Sdn. Bhd. En. Mohd. Zamri memulakan Zazira Movers pada tahun 2014 dengan visi yang jelas: menyediakan servis lori sewa dan pindah rumah yang boleh dipercayai oleh setiap rakyat Malaysia. Dengan latar belakang dalam industri pengangkutan dan logistik, beliau membina Zazira Movers dari sebuah operasi kecil di Seremban kepada syarikat movers dengan lebih 60 tenaga kerja dan 20 unit lori beroperasi di seluruh Malaysia.
Dedikasi beliau terhadap industri ini telah diiktiraf apabila namanya tersenarai dalam Buku Britishpedia 'Successful People in Malaysia' pada tahun 2022 ialah satu pengiktirafan untuk usahawan Malaysia yang memberi impak positif kepada masyarakat.

Soalan Lazim Tentang Zazira Movers
Bilakah Zazira Movers ditubuhkan?
Zazira Movers ditubuhkan pada tahun 2014 oleh En. Mohd. Zamri Bin Zakaria di Seremban, Negeri Sembilan. Sejak itu, kami telah berkembang menjadi salah satu syarikat lori sewa dan moving service terkemuka di Malaysia dengan lebih 35,000 perpindahan berjaya.
Adakah Zazira Movers syarikat berdaftar?
Ya. Zazira Movers beroperasi di bawah dua entiti berdaftar: Zazira Movers Sdn. Bhd. (No. 1488503-D) dan Zazira Trading (No. 002348378-T), kedua-duanya berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kami juga berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Di mana lokasi pejabat Zazira Movers?
Ibu pejabat Zazira Movers terletak di Lot 13787, Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan. Kami juga mempunyai cawangan di Puchong, Selangor (No. 27-2, Jalan Bandar 14, Pusat Bandar Puchong, 47160 Puchong).
Apa anugerah yang pernah diterima Zazira Movers?
Zazira Movers telah menerima beberapa anugerah industri pada tahun 2022: Anugerah Kepimpinan Industri (Niaga Times), Best Industry Brand of The Year (Bumiputera Business Excellence Awards), dan pengiktirafan sebagai Syarikat Pindah Terbaik Malaysia oleh TrustedMalaysia.com.
Adakah Zazira Movers syarikat Bumiputera?
Ya. Zazira Movers adalah syarikat 100% Bumiputera yang diasaskan dan diuruskan oleh usahawan Bumiputera Malaysia. Kami berbangga menjadi salah satu syarikat movers Bumiputera yang diiktiraf di peringkat kebangsaan.
Berapa lama Zazira Movers telah beroperasi?
Zazira Movers telah beroperasi lebih 11 tahun sejak 2014. Sepanjang tempoh ini, kami telah mengendalikan lebih 35,000 perpindahan untuk pelanggan kediaman dan komersial di seluruh Malaysia.

Jom Pindah Hari Ini Bersama Zazira Movers!
Berpindah dengan bijak bersama kami tanpa cas-cas yang tersembunyi
Lebih 35,000 keluarga dan syarikat di seluruh Malaysia telah mempercayai kami untuk pindah rumah, pindah pejabat, dan servis lori sewa. Hubungi kami sekarang untuk sebut harga percuma. Kami balas dalam masa terdekat.
