top of page
  • Writer's pictureZamri Zakaria

CARA BERKONGSI JALAN DENGAN LORI


 

Sesiapa sahaja pasti berasa sedikit gugup dan gelisah apabila memandu berhampiran kenderaan berat seperti lori.



Pelanggaran dengan lori boleh menjadi suatu perkara yang mengerikan, dan seringkali akan membawa maut. Memandu kereta berhampiran kenderaan berat seperti lori sememangnya membahayakan. Ketahui cara pemanduan yang selamat menerusi artikel ini.




JAUHI TITIK BUTA LORI



Titik buta adalah kawasan di sekeliling kenderaan di mana pemandu tidak dapat melihat kenderaan lain pada cermin sisi atau cermin pandang belakang. Titik buta lori akan mengambil lebih banyak ruang berbanding kenderaan lain kerana ia lebih besar.


Penting untuk anda tahu dan memahami di mana titik buta ini bagi mengelakkan kemalangan jiwa.




BERI RUANG KEPADA LORI



Lori memerlukan lebih banyak ruang untuk bergerak dengan selamat kerana saiz dan beratnya yang lebih besar. Pemandu lori memerlukan lebih banyak ruang untuk berhenti. Beri mereka ruang yang cukup untuk membuat selekoh atau menukar lorong.


Sebagai pemandu kenderaan yang lebih kecil, sila perlahankan kenderaan dan jaga jarak sebaik mungkin untuk mengurangkan risiko pelanggaran.




GUNAKAN SIGNAL



Sebagai pemandu yang bertanggungjawab di jalan raya, anda mestilah memasang lampu signal apabila perlu sebagai tanda amaran kepada pengguna lain.


Contohnya ketika anda ingin membelok. Anda boleh menekan brek dan menghidupkan signal untuk memberitahu kenderaan di belakang bahawa anda akan membelok tidak lama lagi. Ini akan membantu pemandu lain untuk menentukan langkah seterusnya yang perlu dilakukan, termasuk memperlahankan kenderaan mereka dan mengelakkan pelanggaran dari belakang.




JANGAN MENGEKORI LORI



Ramai yang beranggapan bahawa kenderaan boleh berhenti dengan mengejut jika lori di hadapan berhenti secara mengejut. Jangan ambil sebarang risiko kerana anda mungkin tidak dapat berhenti tepat pada masanya sekaligus melanggar kenderaan berat tersebut.


Ini boleh menyebabkan kecederaan parah kepada penumpang di dalam kenderaan, bahkan membawa maut. Lebih teruk lagi, kenderaan lain di belakang anda mungkin juga tidak dapat berhenti tepat pada masanya dan seterusnya melanggar kenderaan anda.


Oleh itu, jarak anda dengan lori perlu dijaga untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya kemalangan.

Comments


bottom of page