Pindah Rumah Seremban 2 ke Seremban 2 (13 Disember 2024)
Pelanggan ini telah berhasrat untuk mengambil Pakej Gold+ berserta Lori bersaiz 5 tan untuk menunaikan hajat mereka untuk berpindah.
Pakej Gold+ merupakan pakej serba lengkap di mana para pelanggan tak perlu melakukan sebarang tugas. Hanya beri arahan, selepas goyang kaki sahaja!
Intipati Pakej Gold+:
Wrapping:
Tenaga Kerja Zazira Movers akan menggunakan dua jenis wrap, Heavy Duty Stretch Film dan juga Bubble Wrap. Kami akan memastikan semua barang mudah pecah serta perabot yang wajib diwrapping, akan diwrap mengikut spesifikasi profesional, 3-5 lapisan.
Dismantling & Assembling:
Proses di mana perabot-perabot yang besar di rumah pelanggan harus dibuka untuk mengurangkan risiko defect serta menjimatkan ruang di dalam lori. Jangan risau, semua peralatan telah pun disediakan oleh pihak Zazira Movers sendiri! Tiba di rumah baru pelanggan, kami akan pasang semula perabot-perabot tersebut. Akan tetapi, tidak semua perabot boleh dibuka pasang, jadi sila dapatkan konsultasi yang lebih mendalam dengan konsultan kami.
Packing:
Anda tidak sempat untuk uruskan barang-barang kecil seperti alatan dapur, rempah ratus dan sebagainya? Biar Zazira Movers yang lakukan untuk anda! Kami juga akan label kotak-kotak yang telah selesai packing supaya anda boleh kenal pasti barang-barang anda dengan mudah apabila tiba di rumah baru.
Unpacking (Eklusif Gold+)
Selesai pindah di rumah baru, anda merasakan banyak sangat barang yang perlu diuruskan dan perkara ini boleh memakan masa yang agak lama. Namun jika anda mengambil Pakej Gold+, memunggah semula barang bukan lagi menjadi masalah anda. Kami akan keluarkan semula barang yang telah dipacking di dalam kotak, di tempat-tempat yang sepatutnya. Anda beri sahaja kami arahan, akan terus kami siapkan!
Pakej Gold+ akan memakan masa sekurang-kurangnya 12 jam, jadi sila rancang masa perpindahan anda supaya anda boleh memberikan fokus yang lebih sewaktu perpindahan berlaku.
Selain Pakej Gold+, di Zazira Movers juga terdapat pakej-pakej seperti Pakej Basic, Pakej Bronze, Pakej Silver & Pakej Gold. Pilih mengikut keperluan dan kemampuan anda! Pindah dengan cermat, pindah dengan selamat.
Ingat Pindah, Ingat Zazira Movers!
コメント